I’m back.

Posted: January 27, 2012 in Uncategorized

Such a loooooooooooong time not writing anything here. Even worst , I already forgot my password. HAHAHA.

So, what’s up? How’s your life? Doing good?

My last post was on 2010 and now 2012 ! 2 years in hiatus!

So many things happen in these past 2 years. Lets see what is it…

1) Pertukaran status diri.

Fauzul got married , dah ada anak dah pun. Aimi engaged with Saadon. Cik Na and Azri engaged *another prove, CINTA PLATONIK DOESN’T EXIST! * .

and me? FOREVER ALONE . hahaha. Sesuai lah dengan moto blog nih kan “Single Make Simple ” . *takmo kalah*

2) Pertukaran status kerja.

2 years back , I’m a student . Now , staff at HP with 1 year experience. hahaha. Not bad tough.

3) Pertukaran bentuk badan.

Next………………

4) Pertukaran kenderaan.

Now , Jiro has little brother. I called it Jiro Jr. Welcome to the family Jiro! I used the same name because I find ‘Jiro’ is very cute name. Come to mama, Jiro! hihihi 😀

5) Pertukaran alamat rumah.

Jenjenjeeeeeeeennnnnggggggggggg. To be continued……

You know what , usually people asking me “How’s you doing? “

I will reply “Doing good, nothing change , still the same.”

But…

The truth is…

Nothing actually is the same. We do change. We do grow up. Either we realize it or not, but yes , we do change.

People we met yesterday might not the same as we meet today.

Best friend today might become enemy tomorrow.

Enemy can become a lover.

Thus , people…

How’s your life change for these past 2 years? Is it really the same?

..::Peace::..

p/s : Reading back my past entries , I kinda good writer does it? *puji diri sendiri* 😉

is that true?

Posted: February 22, 2010 in L.O.V.E

10th grade
As I sat there in English class, I stared at the girl next to me. She was my so called “best friend”. I stared at her long, silky hair, and wished she was mine. But she didn’t notice me like that, and I knew it. After class, she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before and handed them to her. She said “thanks” and gave me a kiss on the cheek. I wanted to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

11th grade
The phone rang. On the other end, it was her. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart. She asked me to come over because she didn’t want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her soft eyes, wishing she was mine. After 2 hours, one Drew Barrymore movie, and three bags of chips, she decided to go to sleep. She looked at me, said “thanks” and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

Senior year
The day before prom she walked to my locker. “My date is sick” she said; he’s not going to go well, I didn’t have a date, and in 7th grade, we made a promise that if neither of us had dates, we would go together just as “best friends”. So we did. Prom night, after everything was over, I was standing at her front door step. I stared at her as she smiled at me and stared at me with her crystal eyes. I want her to be mine, but she isn’t think of me like that, and I know it. Then she said “I had the best time, thanks!” and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

Graduation Day
A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body floated like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she didn’t notice me like that, and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I hugged her. Then she lifted her head from my shoulder and said, “you’re my best friend, thanks” and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

A Few Years Later
Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married now. I watched her say “I do” and drive off to her new life, married to another man. I wanted her to be mine, but she didn’t see me like that, and I knew it. But before she drove away, she came to me and said “you came!”. She said “thanks” and kissed me on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

Funeral
Years passed, I looked down at the coffin of a girl who used to be my “best friend”. At the service, they read a diary entry she had wrote in her high school years. This is what it read: I stare at him wishing he was mine, but he doesn’t notice me like that, and I know it. I want to tell him, I want him to know that I don’t want to be just friends, I love him but I’m just too shy, and I don’t know why. I wish he would tell me he loved me!

“I wish I did too…” I thought to my self, and I cried.

is that true, love is pain?

is that true, love is that hard?

is that true?

this is not frOm broken heart peOple

just curiOus myself…~

p/s: i taken this from website…hurm.. i forgOt the website’s name.. but credit to “that” website..~ hehehe

Sahabat Sejati

Posted: January 23, 2010 in thiS.mY.LifE.

kadang-kadang hidup ini tidak menjanjikan bahagia

dan ia juga tidak menjanjikan derita

dlm menjalani kehidupan ini

ramai yg kita temui

kite berkenalan

kita berkawan

dan akhir nya …….

ingin aku berkongsi sebuah cerita tentang seorang sahabat

sahabat ketika sekolah rendah

sama2 melalui fasa pertama alam persekolahan

namun ternyata Allah Yg Maha Esa mempunyai rancangan nya sendiri

aku berjaya melanjutkan pelajaran

dan dia masih di kampung

aku beruntung menemui sahabat yg boleh menunjukkan aku ke jalan Allah

namun, tidak dia…  Allah kurnia kan dia jalan yg berliku

bergaul dgn org yg salah

pada tahun 2008 sekitar bulan mei

aku menerima panggilan dr ibu ku

“ayOng, hadi dh meninggal, accident motor”

noktah hidup seorg sahabat.

namun, bukan itu yg aku ingin sampaikan

pada hari raya tahun lepas

aku pergi menziarah kubur nenek ku

terlintas di pusara sahabat ku itu

aku sedekah kan Al-fatihah

lalu aku beredar

dalam perjalanan pulang

aku terlintas sekali lagi di pusara aruwah sahabat

namun kali ini, kelihatan kawan2 MAT REMPIT nya

sedang menadah tangan dan membaca yaasin di pusara aruwah

aku tersentuh

aku terkelu

aku terdiam

saat itu

baru aku mengerti erti sahabat sejati

sahabat yg boleh mendoakan kita bila kita sudah tiada lagi di dunia ini

walaupun sahabat itu seorg mat rempit…~

dan aku masih lagi meneruskan kehidupan

dan masih belajar untuk menjadi seorg sahabat…

dan masih tertnya pada diri sendiri

sekira nya esok adalah noktah untuk ku

akan adakah sahabat yg snggup untuk mendoakan diriku?

menziarahi pusara ku?

jawapan yg hanya tingal tanda tanya

al-fatihah

::peace::

tErima kAsEH seMua…

Posted: September 9, 2009 in thiS.mY.LifE.

kek 21 tahun....

disebabkan agak ramai yg tidak berpuas ati kerana aku tidak membalas mesej tentang wish ms hari lahir aku tuh..

maka disini di blog ini, aku coretkan ucapan TERIMA KASIH kepada rakan2 yg mengingati bufday aku. terharu ade yg ingat. maseh ade yg syg rupe nyer…. kekeekeke

xkira lah, yg hantar mesej, yg bg komen kat blog smbil wish dan tidak dilupakan yg wish kat facebook. tidak ketinggalan  “cik doraemon “, bakal Puan Sadiq, dan Vio_bubbles  yg sudi menelefon sye. Terima kasih diucapkan.

agak terharu juga kerana ade yg sudi menghantar mesej tepat pukul 12 malam, terima kasih azri….

yg paling penting anda sume mmg best!!!

azri, mai, amy, pojul, ghah, wan, nisa, cik na, salwa, syira, kakSyifa, danya, “cik mon” , aini dan sesiapa saja yg sudi mengingati hari lahir insan bernama n****a ini (maaf kalu ade name xdisebut),

saya sayang kamu semua!!!

p/s: mai sory aku xpernah ingat bufday ko, tp tiap2 tahun pasti ko ingat bufday aku. terima kasih sahabat…

::pEacE::

tragedi 7 SeptEmbEr…

Posted: September 8, 2009 in thiS.mY.LifE.

7 September 2009….
hari lahir ku…
genap 21 tahun…
saman pertama…
“duit minum” pertama…

Semalam pagi aku ada appoinment kat bengkel Panjang (name owner tuh, nape name nyer Panjang, aku pon xtao…. hehehehe) Dalam pukul 1 aku balek, lepas siap power window yg ku upgrade… Angah ajak aku gi Klang nak beli buku katanya, aku pon sebagai kakak yg baek berkata “OK”. Balek dr beli buku, aku bercadang nak gi tesco. Dan tragedi pon bermula…

Aku lalu tempat yg biasa aku jalan, tp ari tu laen.. Driver2 yg lalu kat sebelah aku, sume buat muka, macam ade sesuatu dan aku xtao ape die. Dalam 30-40 meter, aku nmpk “Berhenti, Pemeriksaan Polis”, aku pikir naseb pakai seat belt sbb baru jumpe abg polis kat keta sebelah ms berhenti kat trafik light. hehehe… Ku ingat panas hingga ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari. Aku disuruh berhenti. Aku pelik. Buntu.Confuse. Cuak. Perasaan mmg bercampur aduk.

Agak nyer kerana kekonfusan aku tergambar di muka.
Abg Polis: Puan, tao x apa kesalahan puan?
Aku: Saya xtao la encik. (Dalam hati aku, maybe sbb kereta aku gelap sgt, tinted lebeh dr yg dibenarkan… hehehe… Jgn amalkan!!)
Abg Polis: Puan dh masuk kawasan No entry. Ini jalan sehala puan.
Shitttt!!!!!
Abg Polis: Mintak ic ngan lesen. Meh jumpe ngan pak cik polis trafik.

Kebengangan sebenar bermula…

Polis trafik (PT): kamu nmpk x, sign board tuh??
Aku: Saya xperasan encik. (aku tipu, nampak ja sebenarnyer.. hehehe)
PT : Kamu ni P lagi nih, kalu kene saman kene extend 1 tahun, byr saman 300.
Aku: erk~~~ (byr saman aku xkesah, tang kene extend P tu yg cuak sket)
PT: Kamu nak camne nih??
Aku senyap… Cuba mentafsir apa yg cube disampaikan oleh PT itu.
PT: Meh kte gi kat kereta kamu.
Aku paham.
PT tu dh bkk buku saman die. Aku semakin cuak. Tp cuba buat muka rilekx.
PT: Saya boleh tolong kamu. Tp kamu kene belanja sye minum sket la.
Bulan2 pose nih, belanja sikit la. (wak lu!!!!)
Aku semakin paham.
Aku: Sye student lagik pak cik, xdak duit.
PT: xkesah la nak bagik berapa, jgn sengget sudah la.
Aku: Sye betol xde duit pak cik.
PT: Xkesah la bape2 pon. Kamu P lagi tao. P tu percubaan , pemerhatian.
Gertak aku.
Aku: Ok la pak cik, tp sye xbley bg byk la.
PT: xkesah la.
Aku hulur 30 hengget. Blom sempat aku, kuar kan duit tuh, die dh grab dr tgn aku. Aku terkesima. Maybe die dpt elak dr pndangan manusia, pandangan Allah???
PT tersenyum puas walau rs terkilan gak aku rs, aku bg die 30 ja.
PT: Ok. Jalan lah.
Aku: Time kasih pakcik.
Masuk dlm keta.
Angah: F*** u!!!!
Aku terkesima. aik budak nih, aku pon xpernah sebut perkataan tuh. aku yg kene saman, die plak yg emo. hehehehe.
Dalam keta menuju tesco tuh, maki-hamun terjadi antara aku dan angah terhadap PT tuh. $%#$@$&^(^$@~$$%^!!!!!!
Smpai tesco, tetibe ade bhaiya pggil
Bhaiya: Sudah ade tesco card??
aku dgn muka yg masih bengang, “belom”
Bhaiya: mari cni, kasi buat tesco card, free saja.
Aku ikut ja. aku duduk.
aku: sye tengah bengang nih, td sye hampir kene saman, tp die bkn nak saman pon, die nak duit, sye bg 30 hengget.
Bhaiya: aiyooooo… itu haramkan.
Aku terkesima.
Bhaiya: berdosa kan itu.
Aku xterkata.
Bhaiya:Ni la yg buat Malaysia sgt teruk. bukan2. Malaysia sgt baik, very good tetapi org2 Malaysia yg buat malaysia tarak baik. (semangat 1Malaysia nih….)

Indian pon tao beb, “duit minum” tu haram, berdosa. Pak cik polis trafik tu yg dh tua nak mam**s, rumah dh kata pegi kubur dh kata mari pon xphm2!!

Maka rakan2, jadikanlah kisah aku ni sbgai teladan dan jgn amalkan apa yg aku lakukan. Kene ingat, salah satu faktor kemusnahan negara adalah duit minum a.k.a rasuah. Sekiranyer, aku tidak memikirkan P ku itu, mmg aku suruh die saman, namun apakan daya…

Tapi rakan2, tragedi ini boleh dielak oleh aku sebenarnyer, mcam mana?? ikutlah peraturan jalan raya, kalu kate ade sign board “no entry” tuh jgn la masuk.hehehehe. aku dpt pengajaran dari pengalaman aku ni. Jgn lakukan lagik!!! kerana saman polis trafik aku lepas, saman Allah kat akhirat??? hurm……. rasa bersalah yg amat sgt, sungguh berdosa aku ya Allah. rakan2, jgn sesekali amalkan.

aku list kan 3 kesalahn trafik yg aku cuba nak ubah.
1. xsuke pakai tali pinggang. (rs cam tercekik la..)
2. memandu lebeh dr kelajuan yg dibenarkan (kat highway beb, hehehe)
3. suka langgar lampu merah (kdg2 tuh xsempat nak break, sbb dh laju sgt… hehehe)
bile dipk kan balek, dahsyat gak aku bwk keta. mmg cukup sume peraturan trafik aku langgar. jgn amalkan!!!

InsyaAllah, aku cuba nak ubah, tp bak kata pepatah “old habit die hard”.. hehehe.. ape2 pon , aku akan cuba.InsyaAllah.

renung2kan dan sesekali jgn amalkan kisah aku ini

::pEacE::

aku bukanlah superman…

Posted: September 4, 2009 in thiS.mY.LifE.

chrome-superman-logo

Pertama kali dgr lagu nih : “pa diaa… superman2”

2 kali : merdu jugeeee…

3 kali dan seterus nyer: layan~~~

kepada yg xpernah mendengar, lagu ni adalah lagu dendangan anak2 ahmad dhani yg dikenali sbg the lucky laki tajuk lagu : bukan superman.

Bukanlah lagu ini yg aku ingin kupas, akan tetapi ade bait-bait lirik lagu ini yg menjadi perhatian aku.

” air mata itu dalah tanda kelemahan “

benarkah air mata itu tanda kelemahan?? mengapa perempuan selalu dikaitkan dg air mata?? lemah kah perempuan???. maka, post kali ini, aku akan rungkai kekusutan yg aku sendiri kusutkan, “air mata”. (kekeke)

“..dan bahawasanya Dia lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering, sepertilah sungai yang mengalir ke laut ia tidak pernah berhenti.

Walaupon begitu, terdapat tangisan yg dituntut.

  • tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan seksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka.

Terdapat juga tangisan yg xdituntut.

  1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. (teringat ms zaman muda2 xdpt course medic, menangis woo)
  2. Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. (teringat kenangan tgk citer kabhi khushi kabhi ghum, bile shah rukh nanges, aku pon……)
  3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.  (???????)
  4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. (yg dpt P1 tu, sabo la yer…)
  5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. (renung2kan… )

Dan aku juga tertarik pd satu ayat

sekeras apapun, hati lelaki akan tetap luluh pada tangisan wanita yang di cintai nya

aku pelik. aku tertanya. aku buntu. kenapa ia boleh berlaku??? mengapa dgn air mata?? persoalan yg tiada jawapan… dan hingga kini, aku masih berfikir. akhirnya, tinggal tanda tanya…..

kalau bg pihak adam pula, mereka akan bertanya “nape pompuan  senang sgt nanges, sikit2 nangis??” yg ini aku bertemu jwpn nyer:

“Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

maka, ingatlah sekuat-kuat lelaki pasti tunduk dgn air mata wanita. Dan lelaki yg baek xkan membuat perempuan menangis. ia bukan lah kelemahan akan tetapi “air mata kehidupan”. Dan perempuan, gunakan anugerah ini SEBAEKnyer (hehehehee)

tears with no worries

renung2kan dan selamat beramal

.:pEacE:.

sumber:www.geocities.com/saturibusatuemail/menu/120.htm

satan leaving ramadhan

Penghulu segala bulan kembali lagi, Ramadhan Mubarak.

Jika Rejab bulab Allah, Sya’aban bulan Nabi maka Ramadhan yg mulia ini adalah bulan umat Nabi, iaitu kita.

Bulan untuk kita tarbiyah hati, syaitan dibelengu, yg tinggal hanyalah nafsu di diri.

Pahala berlipat kali ganda bg yg menghambakan diri pada-Nya.

Teringat pada ceramah Ustaz Aslin, “bulan Ramadhan adalah bulan yg ditunggu oleh para sahabat, kalu boleh mereka ingin 11 bulan berpuasa dan 1 bulan tidak perlu berpuasa, tapi bg kita??” die menyambung “baek xyah kot~~~” itulah beza kita dan sahabat nabi, mereka sgt merindukan Ramadhan” Apabila hadir nya Syawal mereka bersedih, kte plak blom pose lagi,  dh bincang soal baju raya, warna pink la, warna hijau la (kekekekeke…. teringat kejahilan diri sendiri)

Maka rakan2, marilah kita mempertingkat kan amal kita pada bulan Ramadhan ini, kerana kita takut, ini adalah Ramadhan yg terakhir untuk kita.

Disini sye northstar79 a.k.a polaris a.k.a kizuna atao ape2 sje name sye, ingin memohon kemaafan kepada semua, sekira nya ade percakapan, tingkah laku dan penulisan sye yg mengguris hati mane2 pihak.

Selamat beribadat di bulan Ramadhan.

::pEacE::

Pada suatu tengah hari yg ceria, aku sedang menikmati lunch aku bersama2 dengan kakak2 company aku. Tengah dok khusyuk makan, aku tertarik dengan topik yang mereka bincangkan “NUR KASIH”. Aku macam biasa, blurr2 sket.. Lalu tanpa perasaan aku bertanya “nurkasih??” dgn mimik muka yg jelek dan pelik.. kakak menjawab “a’ah, best cerita tuh” aku bertya lagik, “cerita melayu ke??” depa menjawab “a’ah, xtgk ke?? tgh hot skrg” aku dlm hati…”ooooooooookkkk, cerita melayu… xlayan..”

Nak dijadikan cerita, kerana terlalu curious dgn ke-best-an cerita tuh, aku pon donlod la.. Agak lama gak la, terperam kat dalam laptop aku tuh.. Akhir nya pada mlm jumaat yg lepas, tengah rilek2 walaupon research xsiap lagik, tetibe terbuka hati aku untuk menonton nyer. aku dah donlod 10 episod, dibawah ini, aku coretkan perjalanan tontonan aku:

episod 1: hurm… ok.. ade pengisian

episod 2: ok… boleh tgk

episod 3: hurm… cam ok ja kalu tgk episod yg seterus nya…

episod 4: nape perlu begitu??!!! nape die?? bukan yg sorunk lagi tuh?? dunia kejam!! (lebeh beremosi)

episod 5: lupa nak donlod… wa!!!! aku terseksa

episod 6: juga turut lupa untuk didonlod… batin ku merana

episod 7: kurang ajaq punyer jantan!! $%%^^&$$ btol!!! ko ingat ko hensem!!!

episod 8: oooo aidil… wujudkah lelaki seperti mu…

episod 9: padan muka ko!! budget ko hot la!!!

episod 10: aku terkesima… mengapa ade lelaki seperti dia…

hehehehe… untuk maklumat lanjut sila layari http://www.syok.org untuk mendonlod cerita ini.

Truely say, aku jatuh cinta dgn cerita nih… xtao nape. nak kate hero, hancus.. nak kata heroin, kaku mcm tiang… nak kate aidil… hurm… mungkin.. kekekeke.. mungkin terpesona dgn jalan cerita yg digarap baek oleh pengarah, skrip yg meruntun jiwa dan penuh pengisian juga xdapat dinafikan lakonan pelakon2.

Perkahwinan ditentukan keluarga…. hurm… itula yg ingin aku kupas.

selepas menonton, aku terfikir, perlukah hidup bersama dgan org yg kita tidak cintai??? apakah kesudahan cinta yg xpernah bermula?? akan bahagiakah tanpa ada sekelumit rasa cinta?? Adakah org yg akan terluka kerana jodoh ditentukan keluarga ini??? adakah keadaan begitu memaksa hampir kita tidak boleh membela diri untuk berkata “tidak”??

Jika di jengah maksud perkahwinan itu, ia adalh penyatuan dua jiwa. akan tetapi, bagaimanakah 2 jiwa bersatu jika tiada kerelaan?? soalan yg cukup perit: “akan bahagiakah mereka nnti??”

Jika situasi ini berlaku kepada anda, apakah yg akan anda lakukan???

tolak : bermakna mengecewakan keluarga. mungkin juga terpaksa meninggalkan awek/balak yg dicintai. sanggupkah anda dilabel sebgai pengkhianat cinta!! tu diaaaa…

terima: anda tempah bala sendiri!!! hehehe…

rumitkan??

ape konklusi nyer?? post kali nih.. aku delay konklusi aku… aku akn update konklusi aku selasa next week, insyaAllah.. kerana, aku ingin dengar apakah konklusi pembaca2 sendiri…. hehehe… aku menunggu konklusi kalian…

::pEacE::

As I promised, konklusi yg aku delay…. kekekeke… jika aku, aku akan memilih untuk membuat pilihan sendiri.. hehehe namun, jika antara pilihan aku atao pilihan keluarga, aku akn pilih pilihan keluarga. Bukan berniat menjadi pengkhianat cinta atao pengecut, tetapi percaya pada pilihan ibu bapa yg telah melahirkan dan menjaga sejak kecil. dan satu bende yg aku percaya, cinta boleh dipupuk, dgn syarat sudi untuk memberi ruang untuk dicintai dan mencintai.

maka, rakan2… jika pernah kecewa untuk sekali, jgn takut untuk mencuba kali kedua.. kerana sesungguh nya.. sentiasa ada cinta untuk kita…

…peace…

kami kawan jerr….

Posted: August 6, 2009 in L.O.V.E

biasa tak  dgr dialog nih “kami kawan je la, mane de pa pe…” perkara ini terjadi apabila dua individu yg berlainan jantina bersahabat baek. bg mereka “xde pape” namun org sekeliling tidak berpendapat begitu. pernahkah situasi ini terjadi kepada anda?? tepuk dada tanya minda…. maka, entry kali ini, aku berminat untuk mengupas tentang isu CINTA PLATONIK.

cinta platonik?? what the hell is that… (ecece.. ckp omputih) cinta platonik kalu mengikut kamus dewan edisi ke 3 muka surat 98977 baris ke 7 column ke 2 (kekekeke) ia boleh didefinisikan sebagai  istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. kira nyer mmg truely purely friends, there is nothing between  them, there’s no chemistry, no spark, not even a tingle; there’s only friendship.

namun, benarkah begitu?? tiadakah sekelumit rasa kasih?? secebis rasa sayang?? secubit rasa cinta?? (tu diaaaa….) bolehkah individu yg berlainan jantina hanya berkawan saja?? jika tanya aku, aku pon xtahu…

namun, adik yang aku kasihi pernah berkata “kak long, antara 2 sahabat lelaki dan perempuan, pasti salah seorg akan jatuh cinta kepada yg seorg lg” benarkah teori beliau?? lalu, aku pon menjalankan eksperimen keatas seorg sahabat aku, dimana mmg beliau baik dgn sorunk mamat nih, keluar gi shopping same2, makan aiskrem same2 (kekeke) nak dipendekkan cerita sume nyer same2, naseb xbley duduk 1 bilik same2.apabila di tanya pd kawan aku itu, die akan jawab “kami kawan je la”. namun pada satu hari yg hening, aku ingat lagi tengah buat assignment network programming kat lab 1 (oopss.. “kawan” aku tuh budak network ke?? hehehehe) tetibe die tye, “cam ne nak elak erk ngan die” . ak jwb “nape perlu elak??”  die membisu tanpa bicara, aku pandang die, die pandang aku, kami saling berpandangan (hehehe) lalu aku bertanya “ko ade hati ke ngan die” (aku tye direct… hehehe) die menjawab “bodoh la aku nih, hish.. camne bley jd macam nih??”

teori adik aku: approved!!!! accepted!!!

maka, timbul di fikiran aku, benarkah perempuan dan lelaki tidak boleh berkawan saja??? mestikah ade “perasaan” itu?? pada satu petang yg hening (hehehe) aku terdengar kat radio “cinta nih boleh dtg dalam pelbagai cara, namun permulaan bg cinta itu adalh “kawan” di akhir perhubungan itu akan kekal sebagai “sahabat” atao “cinta” itu yg kte xpasti kerana mengikut kata pepatah ‘xkenal maka xcinta’ ” kire nyer persahabatan tu cam warming-up bg satu perhubungan (kekeke) result nyer still as fren or lover, itu kita xpasti.

sebagai konklusi , aku pon tidak mengerti, benarkah cinta platonik ini wujud atao sekadar mao ingin mengaburi perhatian umum  bahawa wujud nya perhubungan tanpa perasaan. Namun, ape yg aku pasti jodoh yg Allah telah tetapkan itu pasti datang , datang dengan cara yg bagaimana , itu yg kte xtao, adakah jodoh kita diantara kawan2 kita? atao jodoh kita dgn operator celcom yg slalu dok angkat tepon tuh? atao abg/akak tol yg kte selalu jln tuh?? sesiapa pun mungkin jodoh kita. maka disini, aku tinggal kan persoalan ini, untuk kamu fikir2 kan, kerana bagi aku jawapan nya adalah “mungkin,  jatuh cinta kepada kawan sendiri mungkin adalah kebetulan yang Allah cipta sebagai proses untuk kite lbey mengenali beliau”.

love with no worries because life is too short

::pEacE::

mesti anda tertanye, adakah northstar sudah bertemu pilihan hati lalu ingin bernikah?? siapakah lelaki bertuah tersebut?? dimanakah mereka berjumpa?? adakah cinta pandang pertama atao pandang berkali2??? jawapan nyer tidak… northstar masih lagi “single make simple”

Lalu anda berfikir, “ape kejadah plak budak ni tulis entry nih??” maka, ingin dijadikan cerita, pd suatu ptg yg dingin, aku ternmpk shoutout senah kat meebo.com  “jd saksi mjlis pernikahan, takut~~”  (aku xingat exactly ayat nyer tp lbey kurang gitu la maksud nyer) maka aku pon terpikir, kenapa lelaki takut erk masa akad nikah tuh, kalu nak di ikutkan bukan la susah sgt, si senah ni br jd saksi dh cuak, blom lagi die yg akad nikah… (hehehe)

berpikir punyer pikir punyer pikir, aku xdpt gak pikir ape sebab nyer (kekeke)… then aku pon investigate. dibwah ini adelah hasil2 investigation aku.

lelaki nih ade 2 bende  yg dorunk cuak dlm hidup:

1) waktu nak sunat.

2) waktu nak akad nikah.

yang tang sunat tuh aku paham la (kekekeke) yang tang nikah tuh, buat aku pelik sket. dengan semangat inkuiri yg tinggi, maka aku teruskan investigation aku, namun aku telah menggunakan pendekatan yg laen yg aku rs lbey “real” iaitu bertanya pd makhluk yg diciptakan sbgai lelaki.

aku pon tye la pd senah + senah jambu, yg mane aku boley simpulkan jwpn mereka sbgai “ketakutan + kecuakan itu dtg, krn tangggungjwb yg bakal dipikul sbgai suami dan kalu xade aral melintag selepas 10 bulan akan jd bapa (1 bulan honeymoon + 9 bulan mengandung)” *tp ini calculation untuk org2 yg agak gelojoh la… kekeke…kalu dh rezeki nak wak guano deh*

agak rasional jwpn mereka itu dr sudut lelaki yg blom ade experience akad nikah, bagaimana pula dgn lelaki yg telah melalui nyer?? adakah jawapan mereka same?? khas untuk anda, segar dr ladang, berikut adelah conversation antara aku dan “kakS” (bukan name sebenar) , dimana kakS nih telah menolong aku bertanyakan suami die “abg wan” (yg juga bukan name sebenar) pengalaman beliau melafazkan akad.

kakS :    dia ckp, bukan nervous sbb org ramai tgk
kakS :    dia pun taktau nape nervous

aku   :   erk~~
kakS :   tp bukan sbb org ramai tgk
kakS :    mungkin sbb nak jadi realiti
kakS :    dia ckp camtu
kakS :   huhu
kakS :   mungkin ape yg kita bayangkan sume tu dah nak jadi realiti
aku   :   ape yg die bygkan??
kakS :    tak
kakS :    psl kawen tu la
kakS :    kan nak kawen
kakS :    kawen tu dah nak jadi realiti
kakS :    dgn lafaz tu
kakS :    sbb tu takut kot
kakS :    dia pun taktau nape
kakS :    susah nak ckp
kakS :    dia kata camtu
kakS :    keke
kakS :    sbb tu ade yg smpi 4 5 kali
kakS :    yg akak kenal, smpi 11 kali pun ade

aku   :   huish..
aku   :    sian
aku   :    11 kali..
kakS :.    mungkin sbb lafaz tu la
kakS :    lafaz tu yg klimaks upacara
kakS :    sume org nak dengar masa pengantin laki lafaz
kakS :    sbb lafaz tu yg penting

kakS :    rasenye camtu jgk nape diorg nervous
kakS :    sbb lafaz tu yg penting
kakS :    yg akan jadikan realiti
kakS :    kekeke
kakS :    lepas lafaz, terus dia rase lega
kakS :    dia ckp rase lega, tak rase mcm dpt bebanan tggjwb ke ape, tp rase lega

aku   :    owh~~
kakS :    rase lega je
kakS :    tp tgn still menggeletar
kakS :    nak kene sign pun mgeletar

aku   :   perasaan halus yg sukar untuk dimengertikan
kakS :   sign plk bukan satu, smpi lime nam tempat kene sign
kakS :    keke

aku   :   kekeke
kakS :   a’ah.. sukar ditafsirkan
kakS :    keke

maka begitulah berakhirnya conversation kami (terima kaseh kepada kakS).

maka rakan2, lafaz yg zahir nya dilihat + didengar seakan2 mudah itu bukan lah semudah yg disangka. lafaz itu adalah detik2 dimana pertukaran status seseorg, lebih dr itu, ia merupakan pertukaran tggungjwb dr seorg bapa (ayah pengantin perempuan) kepada seorg yg akn bergelar suami dan lebih penting lagi ia merupakan klimaks hidup bagi insan yg diciptakan sebagai lelaki.

maka rakan2, pernikahan bukanlah satu kerja yg mudah seperti compile program, kalu fail kte bley compile lagi (hehehe) ia lebih dr itu, maka jika ingin menjejakkan kaki ke alam itu, berfikirlah “adakah perempuan/lelaki itu org yg benar2 kita ingin habiskan hidup kita bersama?” “adakah perempuan/lelaki itu layak untuk menjadi ibu/bapa kepada anak2 kita?”

maka, persiapkan lah diri anda, dan ingat lah janji Allah “perempuan yg baek untuk lelaki yg baek” dan Allah xpernah memungkiri janjiNya.

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

(mamafana.blogspot.com)

::semoga yg terbaik Allah ciptakan untuk kita::

.:pEace:.