Archive for the ‘thiS.mY.LifE.’ Category

Sahabat Sejati

Posted: January 23, 2010 in thiS.mY.LifE.

kadang-kadang hidup ini tidak menjanjikan bahagia

dan ia juga tidak menjanjikan derita

dlm menjalani kehidupan ini

ramai yg kita temui

kite berkenalan

kita berkawan

dan akhir nya …….

ingin aku berkongsi sebuah cerita tentang seorang sahabat

sahabat ketika sekolah rendah

sama2 melalui fasa pertama alam persekolahan

namun ternyata Allah Yg Maha Esa mempunyai rancangan nya sendiri

aku berjaya melanjutkan pelajaran

dan dia masih di kampung

aku beruntung menemui sahabat yg boleh menunjukkan aku ke jalan Allah

namun, tidak dia…  Allah kurnia kan dia jalan yg berliku

bergaul dgn org yg salah

pada tahun 2008 sekitar bulan mei

aku menerima panggilan dr ibu ku

“ayOng, hadi dh meninggal, accident motor”

noktah hidup seorg sahabat.

namun, bukan itu yg aku ingin sampaikan

pada hari raya tahun lepas

aku pergi menziarah kubur nenek ku

terlintas di pusara sahabat ku itu

aku sedekah kan Al-fatihah

lalu aku beredar

dalam perjalanan pulang

aku terlintas sekali lagi di pusara aruwah sahabat

namun kali ini, kelihatan kawan2 MAT REMPIT nya

sedang menadah tangan dan membaca yaasin di pusara aruwah

aku tersentuh

aku terkelu

aku terdiam

saat itu

baru aku mengerti erti sahabat sejati

sahabat yg boleh mendoakan kita bila kita sudah tiada lagi di dunia ini

walaupun sahabat itu seorg mat rempit…~

dan aku masih lagi meneruskan kehidupan

dan masih belajar untuk menjadi seorg sahabat…

dan masih tertnya pada diri sendiri

sekira nya esok adalah noktah untuk ku

akan adakah sahabat yg snggup untuk mendoakan diriku?

menziarahi pusara ku?

jawapan yg hanya tingal tanda tanya

al-fatihah

::peace::

Advertisements

tErima kAsEH seMua…

Posted: September 9, 2009 in thiS.mY.LifE.

kek 21 tahun....

disebabkan agak ramai yg tidak berpuas ati kerana aku tidak membalas mesej tentang wish ms hari lahir aku tuh..

maka disini di blog ini, aku coretkan ucapan TERIMA KASIH kepada rakan2 yg mengingati bufday aku. terharu ade yg ingat. maseh ade yg syg rupe nyer…. kekeekeke

xkira lah, yg hantar mesej, yg bg komen kat blog smbil wish dan tidak dilupakan yg wish kat facebook. tidak ketinggalan  “cik doraemon “, bakal Puan Sadiq, dan Vio_bubbles  yg sudi menelefon sye. Terima kasih diucapkan.

agak terharu juga kerana ade yg sudi menghantar mesej tepat pukul 12 malam, terima kasih azri….

yg paling penting anda sume mmg best!!!

azri, mai, amy, pojul, ghah, wan, nisa, cik na, salwa, syira, kakSyifa, danya, “cik mon” , aini dan sesiapa saja yg sudi mengingati hari lahir insan bernama n****a ini (maaf kalu ade name xdisebut),

saya sayang kamu semua!!!

p/s: mai sory aku xpernah ingat bufday ko, tp tiap2 tahun pasti ko ingat bufday aku. terima kasih sahabat…

::pEacE::

tragedi 7 SeptEmbEr…

Posted: September 8, 2009 in thiS.mY.LifE.

7 September 2009….
hari lahir ku…
genap 21 tahun…
saman pertama…
“duit minum” pertama…

Semalam pagi aku ada appoinment kat bengkel Panjang (name owner tuh, nape name nyer Panjang, aku pon xtao…. hehehehe) Dalam pukul 1 aku balek, lepas siap power window yg ku upgrade… Angah ajak aku gi Klang nak beli buku katanya, aku pon sebagai kakak yg baek berkata “OK”. Balek dr beli buku, aku bercadang nak gi tesco. Dan tragedi pon bermula…

Aku lalu tempat yg biasa aku jalan, tp ari tu laen.. Driver2 yg lalu kat sebelah aku, sume buat muka, macam ade sesuatu dan aku xtao ape die. Dalam 30-40 meter, aku nmpk “Berhenti, Pemeriksaan Polis”, aku pikir naseb pakai seat belt sbb baru jumpe abg polis kat keta sebelah ms berhenti kat trafik light. hehehe… Ku ingat panas hingga ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari. Aku disuruh berhenti. Aku pelik. Buntu.Confuse. Cuak. Perasaan mmg bercampur aduk.

Agak nyer kerana kekonfusan aku tergambar di muka.
Abg Polis: Puan, tao x apa kesalahan puan?
Aku: Saya xtao la encik. (Dalam hati aku, maybe sbb kereta aku gelap sgt, tinted lebeh dr yg dibenarkan… hehehe… Jgn amalkan!!)
Abg Polis: Puan dh masuk kawasan No entry. Ini jalan sehala puan.
Shitttt!!!!!
Abg Polis: Mintak ic ngan lesen. Meh jumpe ngan pak cik polis trafik.

Kebengangan sebenar bermula…

Polis trafik (PT): kamu nmpk x, sign board tuh??
Aku: Saya xperasan encik. (aku tipu, nampak ja sebenarnyer.. hehehe)
PT : Kamu ni P lagi nih, kalu kene saman kene extend 1 tahun, byr saman 300.
Aku: erk~~~ (byr saman aku xkesah, tang kene extend P tu yg cuak sket)
PT: Kamu nak camne nih??
Aku senyap… Cuba mentafsir apa yg cube disampaikan oleh PT itu.
PT: Meh kte gi kat kereta kamu.
Aku paham.
PT tu dh bkk buku saman die. Aku semakin cuak. Tp cuba buat muka rilekx.
PT: Saya boleh tolong kamu. Tp kamu kene belanja sye minum sket la.
Bulan2 pose nih, belanja sikit la. (wak lu!!!!)
Aku semakin paham.
Aku: Sye student lagik pak cik, xdak duit.
PT: xkesah la nak bagik berapa, jgn sengget sudah la.
Aku: Sye betol xde duit pak cik.
PT: Xkesah la bape2 pon. Kamu P lagi tao. P tu percubaan , pemerhatian.
Gertak aku.
Aku: Ok la pak cik, tp sye xbley bg byk la.
PT: xkesah la.
Aku hulur 30 hengget. Blom sempat aku, kuar kan duit tuh, die dh grab dr tgn aku. Aku terkesima. Maybe die dpt elak dr pndangan manusia, pandangan Allah???
PT tersenyum puas walau rs terkilan gak aku rs, aku bg die 30 ja.
PT: Ok. Jalan lah.
Aku: Time kasih pakcik.
Masuk dlm keta.
Angah: F*** u!!!!
Aku terkesima. aik budak nih, aku pon xpernah sebut perkataan tuh. aku yg kene saman, die plak yg emo. hehehehe.
Dalam keta menuju tesco tuh, maki-hamun terjadi antara aku dan angah terhadap PT tuh. $%#$@$&^(^$@~$$%^!!!!!!
Smpai tesco, tetibe ade bhaiya pggil
Bhaiya: Sudah ade tesco card??
aku dgn muka yg masih bengang, “belom”
Bhaiya: mari cni, kasi buat tesco card, free saja.
Aku ikut ja. aku duduk.
aku: sye tengah bengang nih, td sye hampir kene saman, tp die bkn nak saman pon, die nak duit, sye bg 30 hengget.
Bhaiya: aiyooooo… itu haramkan.
Aku terkesima.
Bhaiya: berdosa kan itu.
Aku xterkata.
Bhaiya:Ni la yg buat Malaysia sgt teruk. bukan2. Malaysia sgt baik, very good tetapi org2 Malaysia yg buat malaysia tarak baik. (semangat 1Malaysia nih….)

Indian pon tao beb, “duit minum” tu haram, berdosa. Pak cik polis trafik tu yg dh tua nak mam**s, rumah dh kata pegi kubur dh kata mari pon xphm2!!

Maka rakan2, jadikanlah kisah aku ni sbgai teladan dan jgn amalkan apa yg aku lakukan. Kene ingat, salah satu faktor kemusnahan negara adalah duit minum a.k.a rasuah. Sekiranyer, aku tidak memikirkan P ku itu, mmg aku suruh die saman, namun apakan daya…

Tapi rakan2, tragedi ini boleh dielak oleh aku sebenarnyer, mcam mana?? ikutlah peraturan jalan raya, kalu kate ade sign board “no entry” tuh jgn la masuk.hehehehe. aku dpt pengajaran dari pengalaman aku ni. Jgn lakukan lagik!!! kerana saman polis trafik aku lepas, saman Allah kat akhirat??? hurm……. rasa bersalah yg amat sgt, sungguh berdosa aku ya Allah. rakan2, jgn sesekali amalkan.

aku list kan 3 kesalahn trafik yg aku cuba nak ubah.
1. xsuke pakai tali pinggang. (rs cam tercekik la..)
2. memandu lebeh dr kelajuan yg dibenarkan (kat highway beb, hehehe)
3. suka langgar lampu merah (kdg2 tuh xsempat nak break, sbb dh laju sgt… hehehe)
bile dipk kan balek, dahsyat gak aku bwk keta. mmg cukup sume peraturan trafik aku langgar. jgn amalkan!!!

InsyaAllah, aku cuba nak ubah, tp bak kata pepatah “old habit die hard”.. hehehe.. ape2 pon , aku akan cuba.InsyaAllah.

renung2kan dan sesekali jgn amalkan kisah aku ini

::pEacE::

aku bukanlah superman…

Posted: September 4, 2009 in thiS.mY.LifE.

chrome-superman-logo

Pertama kali dgr lagu nih : “pa diaa… superman2”

2 kali : merdu jugeeee…

3 kali dan seterus nyer: layan~~~

kepada yg xpernah mendengar, lagu ni adalah lagu dendangan anak2 ahmad dhani yg dikenali sbg the lucky laki tajuk lagu : bukan superman.

Bukanlah lagu ini yg aku ingin kupas, akan tetapi ade bait-bait lirik lagu ini yg menjadi perhatian aku.

” air mata itu dalah tanda kelemahan “

benarkah air mata itu tanda kelemahan?? mengapa perempuan selalu dikaitkan dg air mata?? lemah kah perempuan???. maka, post kali ini, aku akan rungkai kekusutan yg aku sendiri kusutkan, “air mata”. (kekeke)

“..dan bahawasanya Dia lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering, sepertilah sungai yang mengalir ke laut ia tidak pernah berhenti.

Walaupon begitu, terdapat tangisan yg dituntut.

  • tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan seksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka.

Terdapat juga tangisan yg xdituntut.

  1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. (teringat ms zaman muda2 xdpt course medic, menangis woo)
  2. Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. (teringat kenangan tgk citer kabhi khushi kabhi ghum, bile shah rukh nanges, aku pon……)
  3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.  (???????)
  4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. (yg dpt P1 tu, sabo la yer…)
  5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. (renung2kan… )

Dan aku juga tertarik pd satu ayat

sekeras apapun, hati lelaki akan tetap luluh pada tangisan wanita yang di cintai nya

aku pelik. aku tertanya. aku buntu. kenapa ia boleh berlaku??? mengapa dgn air mata?? persoalan yg tiada jawapan… dan hingga kini, aku masih berfikir. akhirnya, tinggal tanda tanya…..

kalau bg pihak adam pula, mereka akan bertanya “nape pompuan  senang sgt nanges, sikit2 nangis??” yg ini aku bertemu jwpn nyer:

“Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

maka, ingatlah sekuat-kuat lelaki pasti tunduk dgn air mata wanita. Dan lelaki yg baek xkan membuat perempuan menangis. ia bukan lah kelemahan akan tetapi “air mata kehidupan”. Dan perempuan, gunakan anugerah ini SEBAEKnyer (hehehehee)

tears with no worries

renung2kan dan selamat beramal

.:pEacE:.

sumber:www.geocities.com/saturibusatuemail/menu/120.htm

mesti anda tertanye, adakah northstar sudah bertemu pilihan hati lalu ingin bernikah?? siapakah lelaki bertuah tersebut?? dimanakah mereka berjumpa?? adakah cinta pandang pertama atao pandang berkali2??? jawapan nyer tidak… northstar masih lagi “single make simple”

Lalu anda berfikir, “ape kejadah plak budak ni tulis entry nih??” maka, ingin dijadikan cerita, pd suatu ptg yg dingin, aku ternmpk shoutout senah kat meebo.com  “jd saksi mjlis pernikahan, takut~~”  (aku xingat exactly ayat nyer tp lbey kurang gitu la maksud nyer) maka aku pon terpikir, kenapa lelaki takut erk masa akad nikah tuh, kalu nak di ikutkan bukan la susah sgt, si senah ni br jd saksi dh cuak, blom lagi die yg akad nikah… (hehehe)

berpikir punyer pikir punyer pikir, aku xdpt gak pikir ape sebab nyer (kekeke)… then aku pon investigate. dibwah ini adelah hasil2 investigation aku.

lelaki nih ade 2 bende  yg dorunk cuak dlm hidup:

1) waktu nak sunat.

2) waktu nak akad nikah.

yang tang sunat tuh aku paham la (kekekeke) yang tang nikah tuh, buat aku pelik sket. dengan semangat inkuiri yg tinggi, maka aku teruskan investigation aku, namun aku telah menggunakan pendekatan yg laen yg aku rs lbey “real” iaitu bertanya pd makhluk yg diciptakan sbgai lelaki.

aku pon tye la pd senah + senah jambu, yg mane aku boley simpulkan jwpn mereka sbgai “ketakutan + kecuakan itu dtg, krn tangggungjwb yg bakal dipikul sbgai suami dan kalu xade aral melintag selepas 10 bulan akan jd bapa (1 bulan honeymoon + 9 bulan mengandung)” *tp ini calculation untuk org2 yg agak gelojoh la… kekeke…kalu dh rezeki nak wak guano deh*

agak rasional jwpn mereka itu dr sudut lelaki yg blom ade experience akad nikah, bagaimana pula dgn lelaki yg telah melalui nyer?? adakah jawapan mereka same?? khas untuk anda, segar dr ladang, berikut adelah conversation antara aku dan “kakS” (bukan name sebenar) , dimana kakS nih telah menolong aku bertanyakan suami die “abg wan” (yg juga bukan name sebenar) pengalaman beliau melafazkan akad.

kakS :    dia ckp, bukan nervous sbb org ramai tgk
kakS :    dia pun taktau nape nervous

aku   :   erk~~
kakS :   tp bukan sbb org ramai tgk
kakS :    mungkin sbb nak jadi realiti
kakS :    dia ckp camtu
kakS :   huhu
kakS :   mungkin ape yg kita bayangkan sume tu dah nak jadi realiti
aku   :   ape yg die bygkan??
kakS :    tak
kakS :    psl kawen tu la
kakS :    kan nak kawen
kakS :    kawen tu dah nak jadi realiti
kakS :    dgn lafaz tu
kakS :    sbb tu takut kot
kakS :    dia pun taktau nape
kakS :    susah nak ckp
kakS :    dia kata camtu
kakS :    keke
kakS :    sbb tu ade yg smpi 4 5 kali
kakS :    yg akak kenal, smpi 11 kali pun ade

aku   :   huish..
aku   :    sian
aku   :    11 kali..
kakS :.    mungkin sbb lafaz tu la
kakS :    lafaz tu yg klimaks upacara
kakS :    sume org nak dengar masa pengantin laki lafaz
kakS :    sbb lafaz tu yg penting

kakS :    rasenye camtu jgk nape diorg nervous
kakS :    sbb lafaz tu yg penting
kakS :    yg akan jadikan realiti
kakS :    kekeke
kakS :    lepas lafaz, terus dia rase lega
kakS :    dia ckp rase lega, tak rase mcm dpt bebanan tggjwb ke ape, tp rase lega

aku   :    owh~~
kakS :    rase lega je
kakS :    tp tgn still menggeletar
kakS :    nak kene sign pun mgeletar

aku   :   perasaan halus yg sukar untuk dimengertikan
kakS :   sign plk bukan satu, smpi lime nam tempat kene sign
kakS :    keke

aku   :   kekeke
kakS :   a’ah.. sukar ditafsirkan
kakS :    keke

maka begitulah berakhirnya conversation kami (terima kaseh kepada kakS).

maka rakan2, lafaz yg zahir nya dilihat + didengar seakan2 mudah itu bukan lah semudah yg disangka. lafaz itu adalah detik2 dimana pertukaran status seseorg, lebih dr itu, ia merupakan pertukaran tggungjwb dr seorg bapa (ayah pengantin perempuan) kepada seorg yg akn bergelar suami dan lebih penting lagi ia merupakan klimaks hidup bagi insan yg diciptakan sebagai lelaki.

maka rakan2, pernikahan bukanlah satu kerja yg mudah seperti compile program, kalu fail kte bley compile lagi (hehehe) ia lebih dr itu, maka jika ingin menjejakkan kaki ke alam itu, berfikirlah “adakah perempuan/lelaki itu org yg benar2 kita ingin habiskan hidup kita bersama?” “adakah perempuan/lelaki itu layak untuk menjadi ibu/bapa kepada anak2 kita?”

maka, persiapkan lah diri anda, dan ingat lah janji Allah “perempuan yg baek untuk lelaki yg baek” dan Allah xpernah memungkiri janjiNya.

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

(mamafana.blogspot.com)

::semoga yg terbaik Allah ciptakan untuk kita::

.:pEace:.

mAsihkaH adA chEnta???

Posted: July 14, 2009 in thiS.mY.LifE.

pergh~~~ title jiwang giler…kekeke… pernahkah anda merasai pengalamn bercinta?? dan pernahkah anda merasai pengalaman putus cinta?? dari mana cinta itu datang?? dan kemana ia telah pergi??

pd petang yg indah, smbil memandu “mini cooper” keluaran perodua yg br dibeli 2 bulan lps itu, aku dengar hotFM   “perjalanan LRT terbehenti sebentar kerana ada seorg gadis ingin membunuh diri tapi berjaya diselamatkan”. aku berfikir sejenak “asal la pompuan ni bodoh sangat, xdak akal ka?” bukan sbb die nak bunuh diri tp byk2 tmpt die nak bunuh diri asal kat bangunan lrt tu jugak die nak terjun, menyusahkan org ja. 1 lg asal la die xterus terjun ja, nak jgk tggu org selamatkan die. kat kepala otak aku ni, ade beberapa teori, nape die xterjun:

1) die gayat kat tmpat tinggi. bile die tgk bwh jer, die pon berkate “asal la aku pilih tmpt ni, kalu terjun confirm mati..  kalu bley biarlah, tmpt yg kalu terjun, setakat kemalangan kecil ja, dosa byk ni..”

2) die tggu tv3 sampai. die berkate “mane abg karam singh walia ni, dh lame ak tggu ni”

namun, disebalik teori yg confirm xkan disah kan oleh sirim tu, aku terpikir, mesti pompuan tu sangat cinta pada teman lelaki die. “lautan api sanggup ku renangi, bangunan lrt sanggup aku terjuni” kekekeke… begitu lah hebat nyer CINTA.

ade org pernah tye aku, “berdosa ke bercinta tu??”. dgn ilmu aku yg cetek ni, aku cube jawab dgn berhemah

“cinta xpernah berdosa. ape yg menjadikan dosa tu adalh org yg bercinta tersebut. kalu kite nak ckp, cinta yg bersalah, kte kene fikir balik, dr mana asal nyer cinta dan siapa yg menciptakan cinta di hati manusia?? ALLAH. setiap kejadian Allah tu msti ade sbb, dan die lbey mengetahui akn keperluan hamba NYA, seperti mane DIA menciptakan HAWA untuk ADAM. dan ingat lah cinta xpernah salah kerana ia datang dr ALLAH”

dan aku pon terpikir “kemane plak pergi nyer cinta??” then aku teringat adik aku pernah soal aku “kak long, kenapa Allah bg kite jumpe org yg salah dulu br jumpe org yg betul2 untuk kite?” aku pon terdiam, al-maklumlah xde pengalaman. aku jwb dgn xde perasaan nyer “nak bg experiance kot” lalu adik aku menjawab dgn penuh wibawa sebgai seorg yg lebey berpengalam dr kakak nyer ” sebab…. apabila kte jumpa ngan org yg sebenarnyer kte akan bersyukur kerana MASIH ADA CINTA untuk kte”  aku hanya mampu telan air liur…(bley tahan falsafah gak adik aku ni)

maka rakan2, bercinta tu xsalah, tp harus ade batas, setiap kali kite hilang punca carilah jalan Allah kerana disitu lah terletak segala jawapn. jika anda mahu lakukan sesuatu dgn jalan anda maka  lakukan lah, akan tetapi jgn sesekali lupa jln Allah. (msg ini untuk diri sye sendiri juge)

dan aku juga terpikat pd lirik lagu rossa + pasha ungu (terlanjur cinta) “kerna sekali cinta, aku tetap cinta” (aku burak ngan alfin ari tu, dia ckp, lirik tu cam lirik lagu kebangsaan die “sekali merdeka, tetap merdeka”.. ces~~~ )

“apabila anda bersedia untuk menerima cinta, sebenarnya anda juga harus bersedia untuk dilukai” – prinsip yg aku pegang selama ini dan selalu ingat “mencintai tidak bererti memiliki” prinsip ni aku slalu ingat bile tetibe teringat kat ….. hehehe.

maka, bercintalah selagi masih ade cinta, cinta pd Allah, cinta pada Rasulullah, cinta pd ibubapa dan cinta pd diri sendiri.

p/s ::  saye kongsi ape yg bley sye kongsi, yg xbley dikongsi sye simpan didalam hati… hehehe

.::..Tq jEr…::.

Posted: July 2, 2009 in thiS.mY.LifE.

pernah x berlaku pd diri anda, apabila anda mengucapkan “tq” pd seseorg dan org tersebut menjwb “tq jer?” (cube renung2kan tp jgn amalkan…kekeke) Maka, pd post kali ini, aku ingin mengupas isu “tq jer”…hehehe…

aku xberniat untuk mem”blame” kaum Adam, akan tetapi ingin aku tegaskan disini situasi “tq jer” ni, hanya akan berlaku bile ak ckp tq kat dorunk. mengapa ini bley berlaku? ini yg kte xtao…hehehe.. bile ak ckp ngan pompuan “tq”, dorunk akn jwb blek ngan ikhlas nyer “same2”.so then, “what’s wrong with all these people arr?”

maka, pada suatu petang yg hening, dibawah aircond yg sejuk dipejabat nih, ak ngan selamber rock nyer berym ngan berskype…kekeke… ak tye la soklan ni  “kenape bile ckp tq, selalu nyer lelaki akan jwb blek “tq jer” “

aku bertye pd dua org makhluk dr kaum Adam.

jawapan pertama : “mungkin dorunk rs xcukup dihargai”… erk~~

jawapan ke2: ak paste dr skype ok ..

[30/06/2009 16:11:45] dotN: tu mknenyer ngok ngek tu ngengade la tu
[30/06/2009 16:11:55] akU: owh
[30/06/2009 16:12:37] dotN: baling je kasot ke kuali ke. klau karipap lg   bagus                                                                                                                             [30/06/2009 16:13:25] akU: hahhaha
[30/06/2009 16:13:27] akU: ok
[30/06/2009 16:13:37] akU: nnti kalu ko wat cam gitu
[30/06/2009 16:13:43] akU: ak akn praktik kan
[30/06/2009 16:13:49] akU: baling kasut~~
[30/06/2009 16:14:04] dotN: jgn aa. baling la nsi lemak ke
[30/06/2009 16:14:07] dotN: sandwitch ke

then, aku xberpuas ati sgt la ngan jwpn mereka nih…akhirnya, aku bertye pd seorg kakak yg mungkin memahami mereka ni (kak ni br ja kawen…)

lalu die menjawab:

sbb laki taktau nak react dengan situasi2 yg membabitkan perasaan
tu je jawapannye
bile org kata timekasih, dia malu
nak ckp sama2, cam tak biase
last2 ckp la ‘timekasih je?’

(jawapan ni.. aku agak berpuas hati… sebab setahu aku la (dr pengalamn akuyg cetek ni) lelaki mmg susah nak express feeling dorunk, yg juge kte kenali sebagai perkataan “ego”) bkn nak kate pompuan xego, ego gak, tp lelaki nih masyaAllah, ego nyer.. (Allah je la yg tao..kekeke) kes aku ngan dotN, cube teka, sape yg tegur dulu, aku..(sj jeww ungkit..kekeke)

tp tu la, bile pk blek, Allah jdkan begitu msti ade sebab… kaum Adam diciptakan Allah sebagai ketua kepda kaum Hawa, cube bygkan kaum Adam ni xde ego, hilanglah kredibiliti mereka sbgi ketua. Ego tu kalu dipandg secara positif, kte bley ckp berprinsip. Maka, aku simpulkan disini, mmg begitu lah kejadian nyer.(hanya Allah yg Maha Mengetahui)

mungkin kaum hawa akan ckp “pa dia??!! abes tu kaum hawa tu xde prinsip ke?” ade … mane mungkin xde.. positif haruslah ngan negatif.. Allah ciptakan Hawa lbey lemah-lembut , lbey memahami.. harus diingat!! kelembutan bkn bermakna lemah.. batu yg keras bley dilengkukkan oleh air yg lembut (aku xpasti ayat die ape, tp lbey kurang gitu la bunyi nyer)

Allah berfirman: “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

Allah ciptakan Hawa bukan dari kepala Adam untuk dijunjung, bukan juga dari kaki untuk dipijak tetapi Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam yg dekat dihati supaya disayangi dan dikasihi. (asal aku msuk mood jiwang ni..)

::sekian::

…renung2kan dan selamat beramal…