Archive for the ‘L.O.V.E’ Category

is that true?

Posted: February 22, 2010 in L.O.V.E

10th grade
As I sat there in English class, I stared at the girl next to me. She was my so called “best friend”. I stared at her long, silky hair, and wished she was mine. But she didn’t notice me like that, and I knew it. After class, she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before and handed them to her. She said “thanks” and gave me a kiss on the cheek. I wanted to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

11th grade
The phone rang. On the other end, it was her. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart. She asked me to come over because she didn’t want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her soft eyes, wishing she was mine. After 2 hours, one Drew Barrymore movie, and three bags of chips, she decided to go to sleep. She looked at me, said “thanks” and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

Senior year
The day before prom she walked to my locker. “My date is sick” she said; he’s not going to go well, I didn’t have a date, and in 7th grade, we made a promise that if neither of us had dates, we would go together just as “best friends”. So we did. Prom night, after everything was over, I was standing at her front door step. I stared at her as she smiled at me and stared at me with her crystal eyes. I want her to be mine, but she isn’t think of me like that, and I know it. Then she said “I had the best time, thanks!” and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

Graduation Day
A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body floated like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she didn’t notice me like that, and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I hugged her. Then she lifted her head from my shoulder and said, “you’re my best friend, thanks” and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

A Few Years Later
Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married now. I watched her say “I do” and drive off to her new life, married to another man. I wanted her to be mine, but she didn’t see me like that, and I knew it. But before she drove away, she came to me and said “you came!”. She said “thanks” and kissed me on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don’t want to be just friends, I love her but I’m just too shy, and I don’t know why.

Funeral
Years passed, I looked down at the coffin of a girl who used to be my “best friend”. At the service, they read a diary entry she had wrote in her high school years. This is what it read: I stare at him wishing he was mine, but he doesn’t notice me like that, and I know it. I want to tell him, I want him to know that I don’t want to be just friends, I love him but I’m just too shy, and I don’t know why. I wish he would tell me he loved me!

“I wish I did too…” I thought to my self, and I cried.

is that true, love is pain?

is that true, love is that hard?

is that true?

this is not frOm broken heart peOple

just curiOus myself…~

p/s: i taken this from website…hurm.. i forgOt the website’s name.. but credit to “that” website..~ hehehe

Advertisements

kami kawan jerr….

Posted: August 6, 2009 in L.O.V.E

biasa tak  dgr dialog nih “kami kawan je la, mane de pa pe…” perkara ini terjadi apabila dua individu yg berlainan jantina bersahabat baek. bg mereka “xde pape” namun org sekeliling tidak berpendapat begitu. pernahkah situasi ini terjadi kepada anda?? tepuk dada tanya minda…. maka, entry kali ini, aku berminat untuk mengupas tentang isu CINTA PLATONIK.

cinta platonik?? what the hell is that… (ecece.. ckp omputih) cinta platonik kalu mengikut kamus dewan edisi ke 3 muka surat 98977 baris ke 7 column ke 2 (kekekeke) ia boleh didefinisikan sebagai  istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. kira nyer mmg truely purely friends, there is nothing between  them, there’s no chemistry, no spark, not even a tingle; there’s only friendship.

namun, benarkah begitu?? tiadakah sekelumit rasa kasih?? secebis rasa sayang?? secubit rasa cinta?? (tu diaaaa….) bolehkah individu yg berlainan jantina hanya berkawan saja?? jika tanya aku, aku pon xtahu…

namun, adik yang aku kasihi pernah berkata “kak long, antara 2 sahabat lelaki dan perempuan, pasti salah seorg akan jatuh cinta kepada yg seorg lg” benarkah teori beliau?? lalu, aku pon menjalankan eksperimen keatas seorg sahabat aku, dimana mmg beliau baik dgn sorunk mamat nih, keluar gi shopping same2, makan aiskrem same2 (kekeke) nak dipendekkan cerita sume nyer same2, naseb xbley duduk 1 bilik same2.apabila di tanya pd kawan aku itu, die akan jawab “kami kawan je la”. namun pada satu hari yg hening, aku ingat lagi tengah buat assignment network programming kat lab 1 (oopss.. “kawan” aku tuh budak network ke?? hehehehe) tetibe die tye, “cam ne nak elak erk ngan die” . ak jwb “nape perlu elak??”  die membisu tanpa bicara, aku pandang die, die pandang aku, kami saling berpandangan (hehehe) lalu aku bertanya “ko ade hati ke ngan die” (aku tye direct… hehehe) die menjawab “bodoh la aku nih, hish.. camne bley jd macam nih??”

teori adik aku: approved!!!! accepted!!!

maka, timbul di fikiran aku, benarkah perempuan dan lelaki tidak boleh berkawan saja??? mestikah ade “perasaan” itu?? pada satu petang yg hening (hehehe) aku terdengar kat radio “cinta nih boleh dtg dalam pelbagai cara, namun permulaan bg cinta itu adalh “kawan” di akhir perhubungan itu akan kekal sebagai “sahabat” atao “cinta” itu yg kte xpasti kerana mengikut kata pepatah ‘xkenal maka xcinta’ ” kire nyer persahabatan tu cam warming-up bg satu perhubungan (kekeke) result nyer still as fren or lover, itu kita xpasti.

sebagai konklusi , aku pon tidak mengerti, benarkah cinta platonik ini wujud atao sekadar mao ingin mengaburi perhatian umum  bahawa wujud nya perhubungan tanpa perasaan. Namun, ape yg aku pasti jodoh yg Allah telah tetapkan itu pasti datang , datang dengan cara yg bagaimana , itu yg kte xtao, adakah jodoh kita diantara kawan2 kita? atao jodoh kita dgn operator celcom yg slalu dok angkat tepon tuh? atao abg/akak tol yg kte selalu jln tuh?? sesiapa pun mungkin jodoh kita. maka disini, aku tinggal kan persoalan ini, untuk kamu fikir2 kan, kerana bagi aku jawapan nya adalah “mungkin,  jatuh cinta kepada kawan sendiri mungkin adalah kebetulan yang Allah cipta sebagai proses untuk kite lbey mengenali beliau”.

love with no worries because life is too short

::pEacE::

Yang Bernama Cinta…

Posted: February 25, 2009 in L.O.V.E

ORANG bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.

Filem Mohabbatein memaparkan bagaimana kekuatan cinta berjaya menundukkan ego seorang ayah dan sekali gus seorang pengetua yang membenci cinta.

Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.

William Shakespeare pernah berkata: “Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta.” Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.

Ya, hampir semua manusia pernah hidup di bawah langit cinta. Ia mempesona dan mewarnai pelbagai wajah. Ia menghiaskan kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta itulah madunya.

“Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya,” demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.

Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, cinta saku merosak saku menguras wang. Oleh itu, ‘bercintalah’ dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan ‘pencintanya’. Kata-kata cinta itu memang indah, bernas, klasik, segar dan menyentuh perasaan.

Allahyaryam A. Karim menulis dalam bukunya “Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa.”

Atau renungi pula kata-kata Hamka: “Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”

Bagi penulis, sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa ‘mencemaskan’ umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah ‘tercabut’ daripada jiwa terdalam manusia. Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa.

Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia.

Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. Bak kata Hamka lagi: “Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.”

-Kosmo 25 Feb 2009